Isnin, 29 April 2013

Kacang Botor Ulam Nusantara

Kalau perasan kacang botor ni dah tua dan layu. MCH biarkan aje... biar dia tumbuh secara semulajadi, berbunga dan berbuah...


Sabtu, 27 April 2013

Akar Dani @ Ranggon Crepper Bertamu di MCH

Akhirnya pokok akar dani pembelian dari blog Kebun Bahagia Bersama telah selamat disemadikan di taman MCH.
semuga kehadirannya mewangikan kediaman MCH

p/s  : ada masalah ke dengan gambar nie?

Jumaat, 26 April 2013

Mari Melawat Kebun Kecil MCH

Pagi-pagi begini seronoknya dapat menghirup oksigen dari tumbuh-tumbuhan di MCH
kumbang dan pokok mulberi

morning glory yang terbiar... tetap tidak mahu mengalah , tak pasti keturunan yang ke berapa 

pokok kacang botor hidup riang bersama pokok lengkuas

bunga lavender... oppsss bunga balung ayam bergambar bersama tuannya... hihihi


Khamis, 25 April 2013

Rabu, 24 April 2013

Taman Kecil MCH

Hari ini berkesempatan menjengok kebun kecil di MCH. Umangaiii... suburnya pokok-pokok di kebun kecil MCH.
pokok belimbing buluh, 3 kali berpindah randah...

kuntuman bunga rumput terbiar

bunga rumput yang dah layu

Apa Tengok Tengok

Pagi ni cuti rehat dari bekerja di opis, so apa lagi MCH pun pergilah tengok kebun kecil di belakang rumah. dalam tengok-tengok rumput yang semakin memenuhi ruang kecil tanah terus shoot kamera ke budak tecit ini. Bila MCH bukak pintu tepi rumah nak keluar jemur baju, dia dah menjerit-jerit bising nak keluar jugak... Ishk....Ishk...Ishk...

p/s : sila abaikan pemandangan yang tak sepatutnya ader.

Jumaat, 19 April 2013

Panda yang hilang ...

hiii... my name is Panda aka Abu


Walaupun ada pokok buluh di MCH, banyak ahli-ahli MCH yang hilang dan tidak pulang maka MCH telah merancang sesuatu.

p/s > sila abaikan langsir yang dah berkedut....

Rabu, 17 April 2013

Isnin, 15 April 2013

Tempat Tidur Princess - at MCH

Ini Princess anak kepada Simba. Nasib baik  Princess tidur di MCH kalau kat tempat lain takut-takut jadi menu pulak...



Rabu, 10 April 2013

Selasa, 9 April 2013

Sabtu, 6 April 2013

Mulberi dan pokok nam-nam

Ini pokok mulberi di MCH yang dibeli dari blog www.tanamsendiri.com.Nampaknya pokok mulberi ni dah mula mengeluarkan hasil selepas MCH meletakkan tanah bukit di pokok tersebut.Pada asalnya banyak bunga-bunga mulberi yang berkembang tetapi hanya 4 biji saja yang menjadi. Walauapapun MCH tetap bersyukur kepada ALLAH kerana memberikan rezekiNYA.Dua dari buah ini dah pun masuk ke dalam mulut bonda. Hanya ini yang masih tinggal di pokok. MCH nak tunggu masak ranum baru petik.



Di bawah pohon mulberi ada 2 anak pokok  nam-nam yang dibeli dari blog Kebun Bahagia Bersama. Semuga Tukang-Tukang Kebun Bahagia Bersama hendaknya...




Selasa, 2 April 2013

oppps rindu bertandang lagi di MCH

Bonda teramat rindukan benga... Hanya beberapa gambar benga menjadi pengubat rindu bonda. Jika benga masih hidup dan dalam jagaan seseorang , bonda harap benga bahagia. Jika benga telah tiada di muka bumi ini, bonda harap kitakan bertemu di syurga nanti... Benga serta yang lain-lain yang pernah hidup dan singgah dalam hidup bonda menjadi peneman bonda di syurga kelak. Itu harapan dan doa bonda kepada Tuhan Penguasa Alam. Aamiin...

Zorro dan Benga menikmati pemandangan dari MCH

Benga, bonda turut merindui dadik dan twin ... 
p/s : biarkan rindu ini bersemadi ...

Isnin, 1 April 2013

Hii.. Bonda call me Dog !

Anjing ini merupakan anjing jalanan ditemui sejak MCH berpindah ke rumah baru. Pada mulanya anjing ini ckup garang dan bonda pernah hampir-hampir nak bergaduh dengannya semasa mencari Kenji di waktu malam.

Tetapi itu dulu, sekarang nie anjing ni cukup baik, jinak, manja dan dengar kata. Tapi sayangnya MCH tiada kenderaan untuk membawanya berubat, dan MCH pun tidak tahu klinik haiwan mana yang terbaik di sini.

Setiap hari Dog akan memasuki laman MCH untuk tidur dan menunggu makanan kegemarannya iaitu ayam goreng giant dan roti butterscotch gardenia.

dog yang manja...
Bila hujan lebat dan bila dog penat berjalan jauh , dog akan tidur di laman MCH. Tetapi tak lama lagi MCH akan tukar pintu pagar baru, macamana dog nak masuk tumpang tidur nanti???
menumpang tidur di MCH

p/s  >  MCH tengah mencari idea agar dog dapat terus berteduh di laman MCH tanpa gangguan jiran-jiran di taman.