Jumaat, 31 Mei 2013

Tetamu Baru - Pokok Bunga Tongkeng

Tetamu baru di MCH, pokok bunga tongkeng telah selamat disemai . Keratan ini dibeli dari Puan Wan di jualjualbenih.blogspot.com . Tetamu ini bakal menjadi penghuni MCH di belakang rumah nanti sebab senang nak petik bunga-bunganya sebagai rencah masakan...


tauke sutera mulberi togel

Sewaktu MCH jalan-jalan membelek pokok mulberi, MCH ternampak tetamu istimewa di laman MCH. Tiba-tiba angan-angan mat jenin MCH pun datang waaaah ulat sutera dah mai leee. Lepas ni boleh le jual benang sutera..... cepat sikit kayo duk rumah goyang kaki jee...


tetamu ku menyorok malu-malu

kalau guna teknik togel begini agak-agak tumbuh tunas dan berbuah tak mulberi nie???


Rabu, 29 Mei 2013

Rabu, 22 Mei 2013

Gagak Yang Bijak

Setiap pagi MCH hendak pergi kerja , selalu bertembung dan nampak burung gagak ini. Gagak ini suka sangat dia bertenggek seekor diri di atas pagar padang bola jaring/keranjang. Nampak dia macam tidak  suka bercampur sangat dengan gagak-gagak yang lain. Pernah sesekali melihat sekumpulan kecil burung gagak ini bermain di padang bola ini. Agak-agaknya burung gagak pun ada perasaan untuk bermain bola seperti manusia. Agak ajee...




Isnin, 20 Mei 2013

Ohhhh Neneng....

Ini neneng bukan nama sebenar. Neneng nama gelaran yang diberi oleh MCH sebab ada warna kuning. Nama sebenar anak bulus ni MCH tak tahu pun, sebab anak bulus ni milik jiran selang satu buah rumah bawah. Dahulu sewaktu beliau baru mula-mula pindah ke taman ini, banyak juga anak-anak bulusnya yang dibawa, tetapi sekarang yang nampak cuma si neneng nie je.. yang lain tak tahu kemana menghilangnya....

 Neneng sekarang menjadi taiko taman. Dahulu ada seekor kucing garfield yang menjadi penjaga taman ini, MCH panggil dia gemuk, tapi sekarang sudah tak nampak lagi.

kesian dia kurus jeee

selalu menumpang tidur dan bermanja di MCH

selalu juga gaduh-gaduh dengan ahli keluarga MCH yang lain...
Tapi bila ahli kelurga MCH beramai-ramai kepung dia, tau plak dia senyap jee...

Ahad, 19 Mei 2013

Menyambut Tetamu Baru - Catnip Kidnap Kembang Bugang

Sempena hujung minggu ni, MCH mengisi masa lapang yang ada dengan menyiapkan beberapa projek tanaman. Antara tetamu yang menjadi ahli keluarga MCH kali ini ialah Catnip dan Kembang Bugang. Kedua-dua benih dan anak pokok ini di beli dari kebun bahagia bersama  hendaknya.

Pasu tembikar dipilih untuk menempatkan benih-benih catnip. MCH boleh bagi pasu yang terpakai jer leee... abaikan bulu-bulu putih di tepi pasu , ahli keluarga MCH yang berbulus-bulus ni pun  dok sibuk nak  bertani...

 ini biji benih catnip. MCH main taburkan semua mintak-mintaklah hidup subur hendaknya...

sewaktu MCH  hendak menanam anak pokok kembang bugang ni, tak perasan  masih ada akar lagi di batang pokok ni.

terpaksalah MCH korek keluar semula dan masukkan ke dalam tanah lagi, rasa-rasanya dah cukup dalam tanam pokok nie

pokok kembang bugang, semoga kehadiranmu menyerikan dan mewangikan laman MCH nanti ye...

Isnin, 13 Mei 2013

Ahad, 12 Mei 2013

Pokok Mulberi Kerinting

Ini bukan spesis baru pokok mulberi ye.Yang sebenarnya pokok mulberi di MCH telah menjadi kerinting daun-daunnya....



Sabtu, 11 Mei 2013

Cerita Tentang Jiran

Kalau diikutkan hati , hendak aje cerita tentang jiran di MCH nie. Namun begitu sabar kan hati dulu. Takut-takut tersalah cerita jadi medan selera makan daging jiran sebelah MCH. Didalam hati hanya mampu berdoa kepada ALLAH , hanya mampu mengadu kepada ALLAH. 

Ya ALLAH, Kau peliharalah aku dan aku berlindung daripada kejahatan, kezaliman dan sifat buruk jiran tetanggaku dan keburukan yang Engkau ciptakan padanya...Aamiin...

p/s  >  Patutnya MCH berdoa sblm pindah ke rumah baru, ni dah dekat 2 tahun baru nak berdoa  begini.. ishk...ishk... ishk... apa nak jadi dengan MCH ni..

Jumaat, 10 Mei 2013

Jual Jual Benih Dalam Perhatian

http://jualjualbenih.blogspot.com/

Agk-agaknya ada sesiapa tak yang kenal pemilik blog ini? Ada beberapa anak benih dalam perhatian MCH.

Jumaat, 3 Mei 2013

Sendiri

Telah beberapa hari MCH memerhatikan burung ini bersendirian. Adakalanya MCH balik sudah lewat senja, pun masih nampak lagi burung ini. MCH tak tahu dimanakah rumah teduhan burung ini, dan dimanakah pasangannya. Selalunya burung-burung akan membuat rumahnya di pokok-pokok.

Adakalanya apabila lewat senja MCH balik, MCH perhatikan burung ini seakan-akan terbang dari celahan bumbung rumah MCH. Adakah burung ini menjadikan rumah MCH sebagai rumah teduhannya? Kalau benar , syukurlah... dalam kegembiraan ada kerisauan takut-takut jadi menu ahli MCH yang berbulus-bulus....





Khamis, 2 Mei 2013

Akhirnya Kau Pergi Jua - RIP Dog

Semalam baru sahaja MCH bercerita tentang cuti 1 mei, hujan dan dog. Dan semalam MCH sempat memberinya makan ayam goreng giant yang semalam.(kalau ikutkan macam dah basi ). MCH nampak dog berusaha dengan gigih bangun untuk  makan ayam goreng giant tersebut, kegemarannya. Mungkin makanan dog buat kali terakhir hidupnya.

Malam tadi MCH memerhatikan dog dari jendela. Hampir setiap jam MCH memerhatikan keadaannya. Adakalanya dog kelihatan mampu untuk teruskan hidupnya apa bila dog bangun ke pagar dan menyalak, dan adakalanya dog terbaring lesu seolah-olah ajalnya semakin  tiba.

Pagi tadi semasa bonda MCH sedang bersiap hendak pergi kerja , beliau mengharapkan dog akan sihat dan dapat meneruskan hidupnya bersama rakan-rakannya yang lain. Sewaktu rehat berlabuh, MCH teringat untuk membeli ayam goreng untuk dog. Pada mulanya MCH ingin membelikan dog seekor ayam panggang giant, tetapi tiba-tiba MCH bertukar fikiran untuk membelikannya ayam goreng kegemarannya. MCH risau bila beli banyak-banyak nanti dog dah pergi berjalan ke tempat lain.

Petang menjelma, bonda MCH pulang dengan membawa harapan dog masih hidup. MCH mencari-cari dimanakah dog. Setelah mencari-cari MCH terpandang sekujur tubuh terbaring lesu tidak bernyawa. Dog akhirnya pergi meninggalkan MCH. Esok pagi selepas semua penghuni taman keluar bekerja, MCH akan menanamnya di kaki bukit hadapan MCH. MCH dapat merasakan dog tahu bahawa minggu hadapan pintu pagar baru akan dipasang, dan MCH dapat merasakan dog telah membawa dirinya pergi jauh. Mungkin dog merasakan bahawa setelah dia terbuang tiada lagi manusia yang sukakanya lagi. Apabila tiada manusia yang mengasihinya lagi maka biarlah dog pergi menghadap ILLAHI....

p/s >  semuga dog berbahagia di alam sana.... ( R.I.P   Dog ) bonda pasti merinduimu

Rabu, 1 Mei 2013

1 Mei, Hujan , Dog

Pagi ini  hujan rahmat turun dengan riangnya... sudah beberapa malam MCH tidak mendengar bunyi salakan anjing di sini. Selalunya setiap waktu subuh dan di tengah malam MCH akan terdengar sekumpulan bunyi anjing dari taman atas bukit. MCH pun merasa hairan dan tertanya-tanya, ke mana perginya anjing-anjing tersebut, dan apakah yang telah berlaku kepada anjing-anjing tersebut.

MCH pun sudah beberapa hari tidak nampak dog. Beberapa hari lepas waktu dog balik MCH tiada makanan untuknya. Ada hari MCH belikan ayam goreng giant , tunggu-tunggu dog, tapi dog tak balik-balik juga. MCH sering terfikirkan , mungkin dog membawa dirinya. Mungkin dog tahu bahawa MCH akan menukar pintu pagar lain, dan dog tak mungkin dapat masuk ke laman MCH lagi. Dog tak mungkin dapat tidur dengan lenanya di MCH tanpa gangguan manusia. Dan kalau dog tidur di luar pagar MCH , akan ada jiran-jiran yang akan menghalaunya atau membalingnya dengan batu.

Pagi ini, setelah hujan turun menyimbah laman MCH, tiba-tiba MCH terdengar bunyi siulan. MCH dapat  rasakan bunyi siulan itu  datang dari dog. Apabila MCH menjenguk ke luar jendela, MCH mendapati dog sedang bermandi hujan. MCH tak terkata apa-apa. Cukup ALLAH tahu apa yang MCH rasa. Ternampak dog semakin kurus. MCH tidak tahu bagaimana MCH harus selamatkan dog, MCH tiada kebun yang luas agar dog boleh hidup dengan tenangnya sambil menjaga kebun MCH. Maafkan MCH ....