Sempena hujung minggu ni, MCH mengisi masa lapang yang ada dengan menyiapkan beberapa projek tanaman. Antara tetamu yang menjadi ahli keluarga MCH kali ini ialah Catnip dan Kembang Bugang. Kedua-dua benih dan anak pokok ini di beli dari
kebun bahagia bersama hendaknya.
|
Pasu tembikar dipilih untuk menempatkan benih-benih catnip. MCH boleh bagi pasu yang terpakai jer leee... abaikan bulu-bulu putih di tepi pasu , ahli keluarga MCH yang berbulus-bulus ni pun dok sibuk nak bertani... |
|
ini biji benih catnip. MCH main taburkan semua mintak-mintaklah hidup subur hendaknya... |
|
sewaktu MCH hendak menanam anak pokok kembang bugang ni, tak perasan masih ada akar lagi di batang pokok ni. |
|
terpaksalah MCH korek keluar semula dan masukkan ke dalam tanah lagi, rasa-rasanya dah cukup dalam tanam pokok nie |
|
pokok kembang bugang, semoga kehadiranmu menyerikan dan mewangikan laman MCH nanti ye... |
2 ulasan:
saya pun beli. dapat terus alih. moga membesar bagai johanlah kembang bugang kita :)
ye betul awin, x sabar rasanya nak melihat dia berbunga. nak hidu bau harumnya, terutama di waktu petang. macamanalah baunya agak-agaknya kan.
Catat Ulasan