Kalau perasan kacang botor ni dah tua dan layu. MCH biarkan aje... biar dia tumbuh secara semulajadi, berbunga dan berbuah...
Blog ini tercipta buat Kenji, Simba , Baby dan ahli keluarga yang bakal mengisi ruang hidup ini. Segala detik-detik .....dirakamkan diblog ini dan semoga kewujudan blog ini menjadi ceritera indah dalam hati setiap insan yang melayarinya.
Isnin, 29 April 2013
Ahad, 28 April 2013
Sabtu, 27 April 2013
Akar Dani @ Ranggon Crepper Bertamu di MCH
Akhirnya pokok akar dani pembelian dari blog Kebun Bahagia Bersama telah selamat disemadikan di taman MCH.
semuga kehadirannya mewangikan kediaman MCH p/s : ada masalah ke dengan gambar nie? |
Label:
bunga,
taman kecil
Jumaat, 26 April 2013
Mari Melawat Kebun Kecil MCH
Pagi-pagi begini seronoknya dapat menghirup oksigen dari tumbuh-tumbuhan di MCH
kumbang dan pokok mulberi |
morning glory yang terbiar... tetap tidak mahu mengalah , tak pasti keturunan yang ke berapa |
pokok kacang botor hidup riang bersama pokok lengkuas |
bunga lavender... oppsss bunga balung ayam bergambar bersama tuannya... hihihi |
Khamis, 25 April 2013
Rabu, 24 April 2013
Taman Kecil MCH
Hari ini berkesempatan menjengok kebun kecil di MCH. Umangaiii... suburnya pokok-pokok di kebun kecil MCH.
pokok belimbing buluh, 3 kali berpindah randah... |
kuntuman bunga rumput terbiar |
bunga rumput yang dah layu |
Label:
buah,
bunga,
taman kecil
Apa Tengok Tengok
Pagi ni cuti rehat dari bekerja di opis, so apa lagi MCH pun pergilah tengok kebun kecil di belakang rumah. dalam tengok-tengok rumput yang semakin memenuhi ruang kecil tanah terus shoot kamera ke budak tecit ini. Bila MCH bukak pintu tepi rumah nak keluar jemur baju, dia dah menjerit-jerit bising nak keluar jugak... Ishk....Ishk...Ishk...
p/s : sila abaikan pemandangan yang tak sepatutnya ader.
p/s : sila abaikan pemandangan yang tak sepatutnya ader.
Jumaat, 19 April 2013
Panda yang hilang ...
Rabu, 17 April 2013
Isnin, 15 April 2013
Tempat Tidur Princess - at MCH
Ini Princess anak kepada Simba. Nasib baik Princess tidur di MCH kalau kat tempat lain takut-takut jadi menu pulak...
Rabu, 10 April 2013
Selasa, 9 April 2013
Sabtu, 6 April 2013
Mulberi dan pokok nam-nam
Ini pokok mulberi di MCH yang dibeli dari blog www.tanamsendiri.com.Nampaknya pokok mulberi ni dah mula mengeluarkan hasil selepas MCH meletakkan tanah bukit di pokok tersebut.Pada asalnya banyak bunga-bunga mulberi yang berkembang tetapi hanya 4 biji saja yang menjadi. Walauapapun MCH tetap bersyukur kepada ALLAH kerana memberikan rezekiNYA.Dua dari buah ini dah pun masuk ke dalam mulut bonda. Hanya ini yang masih tinggal di pokok. MCH nak tunggu masak ranum baru petik.
Di bawah pohon mulberi ada 2 anak pokok nam-nam yang dibeli dari blog Kebun Bahagia Bersama. Semuga Tukang-Tukang Kebun Bahagia Bersama hendaknya...
Di bawah pohon mulberi ada 2 anak pokok nam-nam yang dibeli dari blog Kebun Bahagia Bersama. Semuga Tukang-Tukang Kebun Bahagia Bersama hendaknya...
Label:
buah,
bunga,
taman kecil
Selasa, 2 April 2013
oppps rindu bertandang lagi di MCH
Bonda teramat rindukan benga... Hanya beberapa gambar benga menjadi pengubat rindu bonda. Jika benga masih hidup dan dalam jagaan seseorang , bonda harap benga bahagia. Jika benga telah tiada di muka bumi ini, bonda harap kitakan bertemu di syurga nanti... Benga serta yang lain-lain yang pernah hidup dan singgah dalam hidup bonda menjadi peneman bonda di syurga kelak. Itu harapan dan doa bonda kepada Tuhan Penguasa Alam. Aamiin...
Zorro dan Benga menikmati pemandangan dari MCH |
Benga, bonda turut merindui dadik dan twin ... |
Isnin, 1 April 2013
Hii.. Bonda call me Dog !
Anjing ini merupakan anjing jalanan ditemui sejak MCH berpindah ke rumah baru. Pada mulanya anjing ini ckup garang dan bonda pernah hampir-hampir nak bergaduh dengannya semasa mencari Kenji di waktu malam.
Tetapi itu dulu, sekarang nie anjing ni cukup baik, jinak, manja dan dengar kata. Tapi sayangnya MCH tiada kenderaan untuk membawanya berubat, dan MCH pun tidak tahu klinik haiwan mana yang terbaik di sini.
Setiap hari Dog akan memasuki laman MCH untuk tidur dan menunggu makanan kegemarannya iaitu ayam goreng giant dan roti butterscotch gardenia.
Bila hujan lebat dan bila dog penat berjalan jauh , dog akan tidur di laman MCH. Tetapi tak lama lagi MCH akan tukar pintu pagar baru, macamana dog nak masuk tumpang tidur nanti???
p/s > MCH tengah mencari idea agar dog dapat terus berteduh di laman MCH tanpa gangguan jiran-jiran di taman.
menumpang tidur di MCH |
p/s > MCH tengah mencari idea agar dog dapat terus berteduh di laman MCH tanpa gangguan jiran-jiran di taman.
Label:
dog
Langgan:
Catatan (Atom)