Sabtu, 22 Jun 2013

Bugangku Tak berkembang...

 
Inilah yang terjadi pada pokong kembang bugang MCH..... Angkara kerja-kerja kreatif kakitangan ahli keluarga MCH yang berbulus-bulus itu.Bila main berlari dan berkejar tak ingat dunia langsung macam kena kejar dengan hantu jee..hihihi

p/s> tak dapat dikesan siapa punya angkara , hisssh kalau dapat sekor-sekor kena dera suruh tegakkan balik pokok tu.

Jumaat, 21 Jun 2013

Tetamu MCH - Pak Belalang

cuba teka ada berapa ekor belalang dalam gambar ini.


gambar diambil apabila terdengar bunyi yang pelik-pelik, rupa-rupanya MCH dapati pak belalang sedang mengigit daun lengkuas. sedap agaknya

seronoknya dia makan

jom kita tengok muka dia dari dekat

jangan lupa ambik gambar saya yee

dimana-mana ada

dari jauh

saya pun nak posing jugak

hiii hensem tak saya???



p/s > alangkah bahagianya kau belalang... makanlah sekenyang-kenyangnya wahai belalang, tapi hati-hati yer laman MCH ni banyak burung-burung dan anak-anak bulus yang hobinya suka tangkap benda-benda pelik bagi mereka.

Khamis, 20 Jun 2013

Makanan Hari Ini - Terung Pipit

Pagi ini MCH makan nasi lemak berlaukkan sambal goreng terung pipit. Terung pipit ini dimasak oleh Che Non yang bertanggungjawab menjaga kebersihan pejabat. Terung pipit ini baru dapat semalam dari KBB.

Nasi lemak beli ajee

p/s> terima kasih KBB dan Che Non

Selasa, 11 Jun 2013

Merentasi Sempadan - Putrajaya

MCH pergi ke Putrajaya bersama Kak Na untuk mengambil sampel biskut raya. Apabila sampai ke rumah Cik Iera, beliau tiada pula, jadi kami pun pergilah ke Masjid Putrajaya sementara menunggu masuk waktu solat Maghrib.

Mendung dan melewati malam

Masjid Putrajaya - kami sedang mencari tempat letak kereta kosong

Kak Na dah dapat tempat letak kereta

Adik-adik dari maahad tahfiz

Selepas solat maghrib


Jumaat, 7 Jun 2013

Si Belang di MCH

Inilah Belang kembar kepada Citam yang mulut kuat bercakap dan berlagu. MCH bagi dia nama belang sebab belang badannya lebih terserlah dari citam...

hiii....  hobi saya tangkap kaki mama...


Khamis, 6 Jun 2013

Si Tongkeng dan Si Batik...

Alkisahnya mereka berdua ni nampaknya gembira untuk hidup bersama-sama menyerikan laman MCH ni. Gembira menjadi sebahagian penghuni di MCH. MCH pun gembira dapat meneruskan hidup bersama-sama mereka. Ahli keluarga MCH pun lagi bertambah-tambah gembiranya....

anak-anak kecil yang melekat di badan ibunya


semuga hidup subur dan bahagia


nampak gembira setelah diambil alih penjagaannya dari kerajaan semut


Rabu, 5 Jun 2013

Penghuni Baru MCH - 6 6

MCH sangkakan sidia 66 merajuk telah pergi membawa diri... rupa-rupanya semangat sidia yang kuat untuk terus hidup bersama-sama penghuni yang lain

kuatkan semangatmu wahai namnam 


Isnin, 3 Jun 2013

Penghuni Baru MCH - Bendi Merah,Serai,Cili

Benih bendi merah ini baru saja disemai sudah menunjukkan dirinya. Rasa tak sabar menikmati perkembangan tumbesarannya... benih yang didapati dari http://jualjualbenih.blogspot.com.

anak-anak bendi merah


gembira bermandi air hujan

anak-anak kecil cili kundang


serai yang ditanam mengikut teknik smrose


Alangkah Indah Diwaktu Pagi

Alangkah indah diwaktu pagi, burung berkicau menyanyi-nyanyi,  selepas hujan rahmat yang lebat turun menyirami bumi MCH ... MCH menikmati udara pagi yang segar dan sejuk... fauna dan flora pun bergembira bersama-sama...

terus megah berdiri pokok harum malam ni


bunga liar juga gembira menunjukkan dirinya


senyuman manis dipagi hari


ulat gonggok pun sudah tak malu lagi


biji benih yang dibiarkan untuk terus hidup sendiri secara semulajadi


bakal bergenerasi lagi... mungkin yang ke tiga kot


Sabtu, 1 Jun 2013

Kerajaan Semut

Kerajaan semut ini terdapat  di pokok limau batik yang MCH beli semasa MAHA 2012 di MAEPS. Bila MCH perhatikan pokok limau nie seperti hendak hidup dan tak nak, MCH ambil keputusan untuk memindahkannya di pasu pula. Dan detik itulah bermulanya penemuan MCH dengan kerajaan semut. 

tanah yang keras macam batu menjadi pilihan kerajaan semut....

sedang mengintip bilik peraduan puteri semut yang cantik rupawan... tapi tak nampak...

MCH minta maaf yer ssemut, MCH cuma nak pokok limau ni jeee.. semut nak  tumpang ambil tanah ambillah..

p/s:  kisah semut ada disebutkan dalam AL QURAN...