Memaparkan catatan dengan label bunga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bunga. Papar semua catatan

Khamis, 25 Disember 2014

Ole-ole Dari Kelantan vs Benih Kantan


Beberapa minggu lepas sahabat satu opis ada membawa buah tangan dari Kelantan.

Seriously ini kali pertama bonda makan.Sedap. Ada rasa 'betton' (biji cempedak) yang direbus.

Buah ni di buat jeruk. Memang sedap. Maklumlah bonda memang suka makan makanan yang lain sikit.



Ini pula biji benih kantan dari sahabat bertani di Johor. Sebelum ni memang bonda ada minta dan beli benih kantan tapi bukan dari biji. Yang ini dari biji bunga kantan.

Rabu, 9 Oktober 2013

Bunga Kangkong

Apabila tibanya musim panas di Laman MCH, banyak pokok-pokok sayur berebut-rebut mengeluarkan bunganya. Salah satunya ialah ....

KANGKONG!!!





Isnin, 7 Oktober 2013

Bunga Raya 12 @ Luar Biasa

 Pagi sabtu lepas MCH dok belek-belek bunga raya ni, MCH bercadang nak tanam dia di tepi paip . Belek punya belek nampakler tulisan ni kat plastic beg tu.  Oh... bunga raya 12 namanya. Agaknya dipanggil 12 sebab bunga ini akan berkembang dengan sepenuhnya pada jam 12 tengahari kot.


 Jam menunjukkan pukul 9.46 pagi, cuaca agak panas di Laman MCH. Kelihatan bunga raya ni agak comel dan mula berkembang menikmati cahaya matahari pagi.

Kuntuman satu lagi .

Bunga raya ni hanya bertahan selama 1 hari sahaja. Petang dia mula mengecutkan dirinya. 

P/S>>> Tengok pada pokoknya yang renek dan comel MCH tak jadi ler nak pindahkan dia di tepi paip.

Selasa, 1 Oktober 2013

Ahli Baru MCH - Bunga Raya Luar Biasa

Bunga raya ni MCH beli di Nurseri Baharom bagi menggantikan bunga raya yang telah pupus ditebang pakcik indo semasa projek menaiktaraf tembok batu. Asalnya MCH inginkan bunga raya yang 2 tingkat, tetapi disebabkan  tak ada, pekerja kat situ telah mencadangkan pokok bunga raya luar biasa katanya. 
Luar biasa pun luar biasalah MCH ambil sebagai sebahagian ahli keluarga di laman MCH.



bunga raya asal di MCH sebelah kanan atas sekali...

p/s>>> gambar kredit dari makcik google rahsiataman...

Sabtu, 28 September 2013

Berbunga Dan Berbuah

 Disebabkan cuaca yang agak panas dan hujan hampir seminggu tidak turun di bumi MCH , maka pokok-pokok sawi di laman MCH telah pun berbunga dengan riangnya...

 Manakala pokok-pokok cili ungu pula berlumba-lumba menghasilkan buah-buah yang setiap hari boleh dipetik hasilnya. Kalau setakat nak buat sambal kicap setiap hari memang cukup sangat. Syukur kepada ALLAH yang melimpahkan rezeki NYA di laman MCH...

Pokok sawi ini akan dijadikan benih untuk kesinambungan seterusnya....

Sabtu, 7 September 2013

Yang Selalu Dan Yang Jarang

Bila 2 kali tengok dah macam kaki ayam pun yeee...

pokok balung ayam begitu rajin berbunga...

pokok harum malam rasanya dah lebih setahun tanam masih malu untuk berbunga. Laa ni MCH letakkan dia di halaman depan rumah yang selalu disimbahi sang suria.

Pokok kesidang ni pulak jarang sekali berbunga. Kali pertama berbunga bulan puasa tahun lepas, tahun ni sidia berbunga pada bulan syawal tu hari...kira setahun sekali sidia berbunga itu pun sejambak. walaupun sejambak tetap mewangikan laman MCH. rindu bau pandan bunganya...

Ahad, 1 September 2013

Desert Petunia



Sejak mula di tanam di taman kecil MCH desert petunia nie tak jemu-jemu mengeluarkan bunganya setiap hari. Walaupun petunia nie tidak berbau namun ia tetap cantik seperti bunga raya. Setelah diperhatikan bunga desert petunia hanya sekerat hari saja berada di tangkainya. Selepas setengah hari ia berkembang ia menggugurkan dirinya ke bumi. Tapi yang bestnya walaupun setelah gugur bunganya tetap bertahan dan tidak layu selama satu hari.

p/s > MCH tengah aim desert petunia kaler pink ternampak dekat laman rumah orang di taman depan.

Sabtu, 24 Ogos 2013

Tengok Jer Le...

Semalam sempat jenguk-jenguk taman kecil MCH. Banyak ruang kosong di MCH yang dipenuhi rumput. MCH tengah keciwa sebab sudah beberapa kali pergi nurseri nak beli pasu, tanah dan pokok buluh asyik tutup pintu pagarnya...

apabila bersalin


benih baru


sentiasa bergilir memberikan hasil


mula berputik dengan kawan-kawannya



bunga liar



Sabtu, 22 Jun 2013

Bugangku Tak berkembang...

 
Inilah yang terjadi pada pokong kembang bugang MCH..... Angkara kerja-kerja kreatif kakitangan ahli keluarga MCH yang berbulus-bulus itu.Bila main berlari dan berkejar tak ingat dunia langsung macam kena kejar dengan hantu jee..hihihi

p/s> tak dapat dikesan siapa punya angkara , hisssh kalau dapat sekor-sekor kena dera suruh tegakkan balik pokok tu.

Khamis, 6 Jun 2013

Si Tongkeng dan Si Batik...

Alkisahnya mereka berdua ni nampaknya gembira untuk hidup bersama-sama menyerikan laman MCH ni. Gembira menjadi sebahagian penghuni di MCH. MCH pun gembira dapat meneruskan hidup bersama-sama mereka. Ahli keluarga MCH pun lagi bertambah-tambah gembiranya....

anak-anak kecil yang melekat di badan ibunya


semuga hidup subur dan bahagia


nampak gembira setelah diambil alih penjagaannya dari kerajaan semut


Isnin, 3 Jun 2013

Alangkah Indah Diwaktu Pagi

Alangkah indah diwaktu pagi, burung berkicau menyanyi-nyanyi,  selepas hujan rahmat yang lebat turun menyirami bumi MCH ... MCH menikmati udara pagi yang segar dan sejuk... fauna dan flora pun bergembira bersama-sama...

terus megah berdiri pokok harum malam ni


bunga liar juga gembira menunjukkan dirinya


senyuman manis dipagi hari


ulat gonggok pun sudah tak malu lagi


biji benih yang dibiarkan untuk terus hidup sendiri secara semulajadi


bakal bergenerasi lagi... mungkin yang ke tiga kot


Jumaat, 31 Mei 2013

Tetamu Baru - Pokok Bunga Tongkeng

Tetamu baru di MCH, pokok bunga tongkeng telah selamat disemai . Keratan ini dibeli dari Puan Wan di jualjualbenih.blogspot.com . Tetamu ini bakal menjadi penghuni MCH di belakang rumah nanti sebab senang nak petik bunga-bunganya sebagai rencah masakan...


Ahad, 19 Mei 2013

Menyambut Tetamu Baru - Catnip Kidnap Kembang Bugang

Sempena hujung minggu ni, MCH mengisi masa lapang yang ada dengan menyiapkan beberapa projek tanaman. Antara tetamu yang menjadi ahli keluarga MCH kali ini ialah Catnip dan Kembang Bugang. Kedua-dua benih dan anak pokok ini di beli dari kebun bahagia bersama  hendaknya.

Pasu tembikar dipilih untuk menempatkan benih-benih catnip. MCH boleh bagi pasu yang terpakai jer leee... abaikan bulu-bulu putih di tepi pasu , ahli keluarga MCH yang berbulus-bulus ni pun  dok sibuk nak  bertani...

 ini biji benih catnip. MCH main taburkan semua mintak-mintaklah hidup subur hendaknya...

sewaktu MCH  hendak menanam anak pokok kembang bugang ni, tak perasan  masih ada akar lagi di batang pokok ni.

terpaksalah MCH korek keluar semula dan masukkan ke dalam tanah lagi, rasa-rasanya dah cukup dalam tanam pokok nie

pokok kembang bugang, semoga kehadiranmu menyerikan dan mewangikan laman MCH nanti ye...

Isnin, 13 Mei 2013