Semalam baru sahaja MCH bercerita tentang cuti 1 mei, hujan dan dog. Dan semalam MCH sempat memberinya makan ayam goreng giant yang semalam.(kalau ikutkan macam dah basi ). MCH nampak dog berusaha dengan gigih bangun untuk makan ayam goreng giant tersebut, kegemarannya. Mungkin makanan dog buat kali terakhir hidupnya.
Malam tadi MCH memerhatikan dog dari jendela. Hampir setiap jam MCH memerhatikan keadaannya. Adakalanya dog kelihatan mampu untuk teruskan hidupnya apa bila dog bangun ke pagar dan menyalak, dan adakalanya dog terbaring lesu seolah-olah ajalnya semakin tiba.
Pagi tadi semasa bonda MCH sedang bersiap hendak pergi kerja , beliau mengharapkan dog akan sihat dan dapat meneruskan hidupnya bersama rakan-rakannya yang lain. Sewaktu rehat berlabuh, MCH teringat untuk membeli ayam goreng untuk dog. Pada mulanya MCH ingin membelikan dog seekor ayam panggang giant, tetapi tiba-tiba MCH bertukar fikiran untuk membelikannya ayam goreng kegemarannya. MCH risau bila beli banyak-banyak nanti dog dah pergi berjalan ke tempat lain.
Petang menjelma, bonda MCH pulang dengan membawa harapan dog masih hidup. MCH mencari-cari dimanakah dog. Setelah mencari-cari MCH terpandang sekujur tubuh terbaring lesu tidak bernyawa. Dog akhirnya pergi meninggalkan MCH. Esok pagi selepas semua penghuni taman keluar bekerja, MCH akan menanamnya di kaki bukit hadapan MCH. MCH dapat merasakan dog tahu bahawa minggu hadapan pintu pagar baru akan dipasang, dan MCH dapat merasakan dog telah membawa dirinya pergi jauh. Mungkin dog merasakan bahawa setelah dia terbuang tiada lagi manusia yang sukakanya lagi. Apabila tiada manusia yang mengasihinya lagi maka biarlah dog pergi menghadap ILLAHI....
p/s > semuga dog berbahagia di alam sana.... ( R.I.P Dog ) bonda pasti merinduimu
Blog ini tercipta buat Kenji, Simba , Baby dan ahli keluarga yang bakal mengisi ruang hidup ini. Segala detik-detik .....dirakamkan diblog ini dan semoga kewujudan blog ini menjadi ceritera indah dalam hati setiap insan yang melayarinya.
Memaparkan catatan dengan label dog. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dog. Papar semua catatan
Khamis, 2 Mei 2013
Rabu, 1 Mei 2013
1 Mei, Hujan , Dog
Pagi ini hujan rahmat turun dengan riangnya... sudah beberapa malam MCH tidak mendengar bunyi salakan anjing di sini. Selalunya setiap waktu subuh dan di tengah malam MCH akan terdengar sekumpulan bunyi anjing dari taman atas bukit. MCH pun merasa hairan dan tertanya-tanya, ke mana perginya anjing-anjing tersebut, dan apakah yang telah berlaku kepada anjing-anjing tersebut.
MCH pun sudah beberapa hari tidak nampak dog. Beberapa hari lepas waktu dog balik MCH tiada makanan untuknya. Ada hari MCH belikan ayam goreng giant , tunggu-tunggu dog, tapi dog tak balik-balik juga. MCH sering terfikirkan , mungkin dog membawa dirinya. Mungkin dog tahu bahawa MCH akan menukar pintu pagar lain, dan dog tak mungkin dapat masuk ke laman MCH lagi. Dog tak mungkin dapat tidur dengan lenanya di MCH tanpa gangguan manusia. Dan kalau dog tidur di luar pagar MCH , akan ada jiran-jiran yang akan menghalaunya atau membalingnya dengan batu.
Pagi ini, setelah hujan turun menyimbah laman MCH, tiba-tiba MCH terdengar bunyi siulan. MCH dapat rasakan bunyi siulan itu datang dari dog. Apabila MCH menjenguk ke luar jendela, MCH mendapati dog sedang bermandi hujan. MCH tak terkata apa-apa. Cukup ALLAH tahu apa yang MCH rasa. Ternampak dog semakin kurus. MCH tidak tahu bagaimana MCH harus selamatkan dog, MCH tiada kebun yang luas agar dog boleh hidup dengan tenangnya sambil menjaga kebun MCH. Maafkan MCH ....

Selasa, 9 April 2013
Isnin, 1 April 2013
Hii.. Bonda call me Dog !
Anjing ini merupakan anjing jalanan ditemui sejak MCH berpindah ke rumah baru. Pada mulanya anjing ini ckup garang dan bonda pernah hampir-hampir nak bergaduh dengannya semasa mencari Kenji di waktu malam.
Tetapi itu dulu, sekarang nie anjing ni cukup baik, jinak, manja dan dengar kata. Tapi sayangnya MCH tiada kenderaan untuk membawanya berubat, dan MCH pun tidak tahu klinik haiwan mana yang terbaik di sini.
Setiap hari Dog akan memasuki laman MCH untuk tidur dan menunggu makanan kegemarannya iaitu ayam goreng giant dan roti butterscotch gardenia.
Bila hujan lebat dan bila dog penat berjalan jauh , dog akan tidur di laman MCH. Tetapi tak lama lagi MCH akan tukar pintu pagar baru, macamana dog nak masuk tumpang tidur nanti???
p/s > MCH tengah mencari idea agar dog dapat terus berteduh di laman MCH tanpa gangguan jiran-jiran di taman.
| menumpang tidur di MCH |
p/s > MCH tengah mencari idea agar dog dapat terus berteduh di laman MCH tanpa gangguan jiran-jiran di taman.
Label:
dog
Langgan:
Catatan (Atom)