Blog ini tercipta buat Kenji, Simba , Baby dan ahli keluarga yang bakal mengisi ruang hidup ini. Segala detik-detik .....dirakamkan diblog ini dan semoga kewujudan blog ini menjadi ceritera indah dalam hati setiap insan yang melayarinya.
Memaparkan catatan dengan label buah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label buah. Papar semua catatan
Sabtu, 27 Disember 2014
MAHA 2014
Label:
buah,
bunga,
haiwan,
hati,
IMPIAN,
merentasi sempadan,
sayur,
taman kecil,
ulam
Khamis, 25 Disember 2014
Ole-ole Dari Kelantan vs Benih Kantan
Beberapa minggu lepas sahabat satu opis ada membawa buah tangan dari Kelantan.
Seriously ini kali pertama bonda makan.Sedap. Ada rasa 'betton' (biji cempedak) yang direbus.
Buah ni di buat jeruk. Memang sedap. Maklumlah bonda memang suka makan makanan yang lain sikit.
Ini pula biji benih kantan dari sahabat bertani di Johor. Sebelum ni memang bonda ada minta dan beli benih kantan tapi bukan dari biji. Yang ini dari biji bunga kantan.
Label:
buah,
bunga,
makanan,
taman kecil,
ulam
Sabtu, 28 September 2013
Berbunga Dan Berbuah
Disebabkan cuaca yang agak panas dan hujan hampir seminggu tidak turun di bumi MCH , maka pokok-pokok sawi di laman MCH telah pun berbunga dengan riangnya...
Manakala pokok-pokok cili ungu pula berlumba-lumba menghasilkan buah-buah yang setiap hari boleh dipetik hasilnya. Kalau setakat nak buat sambal kicap setiap hari memang cukup sangat. Syukur kepada ALLAH yang melimpahkan rezeki NYA di laman MCH...
Pokok sawi ini akan dijadikan benih untuk kesinambungan seterusnya....
Label:
buah,
bunga,
makanan,
taman kecil,
ulam
Ahad, 1 September 2013
Mulberi Menongkah Langit
Pokok mulberi di MCH semakin hidup gembira setelah ditambah tanah kompos. MCH nak ambil daunnya dulu sebelum dipangkas untuk memetik buah-buahnya yang akan muncul bersama tunas baru.
p/s>>> Sehingga kini MCH masih tidak pergi ke nurseri untuk mencari tanah semaian. MCH ternampak ada 2 anak pokok pelam ( agaknya kot ) yang tumbuh di tapak kompos MCH. Rezeki itu milik ALLAH.
Khamis, 6 Jun 2013
Si Tongkeng dan Si Batik...
Alkisahnya mereka berdua ni nampaknya gembira untuk hidup bersama-sama menyerikan laman MCH ni. Gembira menjadi sebahagian penghuni di MCH. MCH pun gembira dapat meneruskan hidup bersama-sama mereka. Ahli keluarga MCH pun lagi bertambah-tambah gembiranya....
anak-anak kecil yang melekat di badan ibunya |
semuga hidup subur dan bahagia |
nampak gembira setelah diambil alih penjagaannya dari kerajaan semut |
Label:
buah,
bunga,
taman kecil
Rabu, 5 Jun 2013
Penghuni Baru MCH - 6 6
Isnin, 3 Jun 2013
Penghuni Baru MCH - Bendi Merah,Serai,Cili
Benih bendi merah ini baru saja disemai sudah menunjukkan dirinya. Rasa tak sabar menikmati perkembangan tumbesarannya... benih yang didapati dari http://jualjualbenih.blogspot.com.
anak-anak bendi merah |
gembira bermandi air hujan |
anak-anak kecil cili kundang |
serai yang ditanam mengikut teknik smrose |
Label:
buah,
sayur,
taman kecil
Alangkah Indah Diwaktu Pagi
Alangkah indah diwaktu pagi, burung berkicau menyanyi-nyanyi, selepas hujan rahmat yang lebat turun menyirami bumi MCH ... MCH menikmati udara pagi yang segar dan sejuk... fauna dan flora pun bergembira bersama-sama...
terus megah berdiri pokok harum malam ni |
bunga liar juga gembira menunjukkan dirinya |
senyuman manis dipagi hari |
ulat gonggok pun sudah tak malu lagi |
biji benih yang dibiarkan untuk terus hidup sendiri secara semulajadi |
bakal bergenerasi lagi... mungkin yang ke tiga kot |
Sabtu, 1 Jun 2013
Kerajaan Semut
Kerajaan semut ini terdapat di pokok limau batik yang MCH beli semasa MAHA 2012 di MAEPS. Bila MCH perhatikan pokok limau nie seperti hendak hidup dan tak nak, MCH ambil keputusan untuk memindahkannya di pasu pula. Dan detik itulah bermulanya penemuan MCH dengan kerajaan semut.
| tanah yang keras macam batu menjadi pilihan kerajaan semut.... |
| sedang mengintip bilik peraduan puteri semut yang cantik rupawan... tapi tak nampak... |
| MCH minta maaf yer ssemut, MCH cuma nak pokok limau ni jeee.. semut nak tumpang ambil tanah ambillah.. p/s: kisah semut ada disebutkan dalam AL QURAN... |
Jumaat, 31 Mei 2013
tauke sutera mulberi togel
Sewaktu MCH jalan-jalan membelek pokok mulberi, MCH ternampak tetamu istimewa di laman MCH. Tiba-tiba angan-angan mat jenin MCH pun datang waaaah ulat sutera dah mai leee. Lepas ni boleh le jual benang sutera..... cepat sikit kayo duk rumah goyang kaki jee...
| tetamu ku menyorok malu-malu |
| kalau guna teknik togel begini agak-agak tumbuh tunas dan berbuah tak mulberi nie??? |
Ahad, 12 Mei 2013
Pokok Mulberi Kerinting
Ini bukan spesis baru pokok mulberi ye.Yang sebenarnya pokok mulberi di MCH telah menjadi kerinting daun-daunnya....
Isnin, 29 April 2013
Kacang Botor Ulam Nusantara
Kalau perasan kacang botor ni dah tua dan layu. MCH biarkan aje... biar dia tumbuh secara semulajadi, berbunga dan berbuah...
Label:
buah,
taman kecil,
ulam
Jumaat, 26 April 2013
Mari Melawat Kebun Kecil MCH
Pagi-pagi begini seronoknya dapat menghirup oksigen dari tumbuh-tumbuhan di MCH
| kumbang dan pokok mulberi |
| morning glory yang terbiar... tetap tidak mahu mengalah , tak pasti keturunan yang ke berapa |
| pokok kacang botor hidup riang bersama pokok lengkuas |
| bunga lavender... oppsss bunga balung ayam bergambar bersama tuannya... hihihi |
Rabu, 24 April 2013
Taman Kecil MCH
Hari ini berkesempatan menjengok kebun kecil di MCH. Umangaiii... suburnya pokok-pokok di kebun kecil MCH.
| pokok belimbing buluh, 3 kali berpindah randah... |
| kuntuman bunga rumput terbiar |
| bunga rumput yang dah layu |
Label:
buah,
bunga,
taman kecil
Sabtu, 6 April 2013
Mulberi dan pokok nam-nam
Ini pokok mulberi di MCH yang dibeli dari blog www.tanamsendiri.com.Nampaknya pokok mulberi ni dah mula mengeluarkan hasil selepas MCH meletakkan tanah bukit di pokok tersebut.Pada asalnya banyak bunga-bunga mulberi yang berkembang tetapi hanya 4 biji saja yang menjadi. Walauapapun MCH tetap bersyukur kepada ALLAH kerana memberikan rezekiNYA.Dua dari buah ini dah pun masuk ke dalam mulut bonda. Hanya ini yang masih tinggal di pokok. MCH nak tunggu masak ranum baru petik.
Di bawah pohon mulberi ada 2 anak pokok nam-nam yang dibeli dari blog Kebun Bahagia Bersama. Semuga Tukang-Tukang Kebun Bahagia Bersama hendaknya...
Di bawah pohon mulberi ada 2 anak pokok nam-nam yang dibeli dari blog Kebun Bahagia Bersama. Semuga Tukang-Tukang Kebun Bahagia Bersama hendaknya...
Label:
buah,
bunga,
taman kecil
Sabtu, 30 Mac 2013
Merentasi Sempadan - MAHA 2012
Jumaat, 22 Mac 2013
Langgan:
Catatan (Atom)




.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)