Memaparkan catatan dengan label citam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label citam. Papar semua catatan

Khamis, 25 Disember 2014

Citam dan Banjir



Sekarang ramai yang simpati dengan keadaan banjir yang teruk di Pantai Timur. Dikatakan banjir ini adalah yang terburuk sekali berlaku selama ini.

Bonda juga simpati dengan apa yang berlaku di Pantai Timur. Bonda juga sedang banjir ketika ini. Tadi tengahari sewaktu bonda ingin pergi ke pasar bonda tekan menemui sesuatu yang mengguriskan perasaan ini.

Bonda nampak tubuh yang tiada kulit.  Bonda pelik makhluk apakah itu? Ayam? Tiba-tiba mata bonda terpandang kepada bulu halus panjang berwarna hitam.

Macam ekor citam!. Bonda terus mendekati sekelompok bulu tersebut. Ya ekor citam. Dub. Down terus perasaan bonda. Citam dah mati. Patutlah sejak menjak ni bonda tercium bau bangkai. Sejak menjak ni bonda rindu dengar suara citam yang manja.

Bonda menjadi seorang perindu pada kepulangan citam yang berlari mengejar bonda dengan mulutnya yang rajin bercakap. Bonda tercari-cari kemana perginya suara citam.

Tiba-tiba mata bonda terpandang satu kepala. Ha? Kepala ayam. Kenapa kepala ayam itu tidak jauh dari tubuh citam yang tidak berkulit? Konpius.

Adakah citam mati disebabkan anjing? Atau diracun? Kenapa bangkai citam ada ditempat laluan yang bonda selalu lalu untuk ke pasar dan berjalan. Kenapa ada sarung tangan kain?

Persoalan berlegar difikiran bonda. Seekor lagi kucing bonda yang terlepas ialah belang. Belang adik beradik kepada citam. Semuga belang, kiko, conett selamat.

***semasa perjalanan ke pasar bonda nampak bangkai kucing putih ditepi jalan. Tapi kucing tersebut masih lagi berbulu.***

Bonda rindu mikie dan citam.

Jumaat, 27 September 2013

Citam De Legend

Citam ahli keluarga MCH yang sangat mrngada-ngada....






 Suka sangat tunjukkan aksi manja

Si getik nie dah tidur ssambil berposing

Ahad, 25 Ogos 2013

Bila Dah Letih...

citam penat temankan bonda bersihkan taman


asal boleh yeee...   hmmm baru jam 10 dah penat???


Sabtu, 22 Jun 2013

Bugangku Tak berkembang...

 
Inilah yang terjadi pada pokong kembang bugang MCH..... Angkara kerja-kerja kreatif kakitangan ahli keluarga MCH yang berbulus-bulus itu.Bila main berlari dan berkejar tak ingat dunia langsung macam kena kejar dengan hantu jee..hihihi

p/s> tak dapat dikesan siapa punya angkara , hisssh kalau dapat sekor-sekor kena dera suruh tegakkan balik pokok tu.

Ahad, 5 Mei 2013

Rabu, 24 April 2013

Apa Tengok Tengok

Pagi ni cuti rehat dari bekerja di opis, so apa lagi MCH pun pergilah tengok kebun kecil di belakang rumah. dalam tengok-tengok rumput yang semakin memenuhi ruang kecil tanah terus shoot kamera ke budak tecit ini. Bila MCH bukak pintu tepi rumah nak keluar jemur baju, dia dah menjerit-jerit bising nak keluar jugak... Ishk....Ishk...Ishk...

p/s : sila abaikan pemandangan yang tak sepatutnya ader.