Memaparkan catatan dengan label makanan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label makanan. Papar semua catatan

Khamis, 25 Disember 2014

Ole-ole Dari Kelantan vs Benih Kantan


Beberapa minggu lepas sahabat satu opis ada membawa buah tangan dari Kelantan.

Seriously ini kali pertama bonda makan.Sedap. Ada rasa 'betton' (biji cempedak) yang direbus.

Buah ni di buat jeruk. Memang sedap. Maklumlah bonda memang suka makan makanan yang lain sikit.



Ini pula biji benih kantan dari sahabat bertani di Johor. Sebelum ni memang bonda ada minta dan beli benih kantan tapi bukan dari biji. Yang ini dari biji bunga kantan.

Sabtu, 28 September 2013

Berbunga Dan Berbuah

 Disebabkan cuaca yang agak panas dan hujan hampir seminggu tidak turun di bumi MCH , maka pokok-pokok sawi di laman MCH telah pun berbunga dengan riangnya...

 Manakala pokok-pokok cili ungu pula berlumba-lumba menghasilkan buah-buah yang setiap hari boleh dipetik hasilnya. Kalau setakat nak buat sambal kicap setiap hari memang cukup sangat. Syukur kepada ALLAH yang melimpahkan rezeki NYA di laman MCH...

Pokok sawi ini akan dijadikan benih untuk kesinambungan seterusnya....

Khamis, 20 Jun 2013

Makanan Hari Ini - Terung Pipit

Pagi ini MCH makan nasi lemak berlaukkan sambal goreng terung pipit. Terung pipit ini dimasak oleh Che Non yang bertanggungjawab menjaga kebersihan pejabat. Terung pipit ini baru dapat semalam dari KBB.

Nasi lemak beli ajee

p/s> terima kasih KBB dan Che Non