Sabtu, 28 September 2013

Berbunga Dan Berbuah

 Disebabkan cuaca yang agak panas dan hujan hampir seminggu tidak turun di bumi MCH , maka pokok-pokok sawi di laman MCH telah pun berbunga dengan riangnya...

 Manakala pokok-pokok cili ungu pula berlumba-lumba menghasilkan buah-buah yang setiap hari boleh dipetik hasilnya. Kalau setakat nak buat sambal kicap setiap hari memang cukup sangat. Syukur kepada ALLAH yang melimpahkan rezeki NYA di laman MCH...

Pokok sawi ini akan dijadikan benih untuk kesinambungan seterusnya....

Jumaat, 27 September 2013

Citam De Legend

Citam ahli keluarga MCH yang sangat mrngada-ngada....






 Suka sangat tunjukkan aksi manja

Si getik nie dah tidur ssambil berposing

Tong Oren Orang Sebelah


Nampak tak tong sampah warna oren tu? MCH tak tahu apa masalah jiran ni yang suka sangat letak tong dia depan rumah MCH. Itu pun pagi tadi semasa MCH buang sampah di tong kelabu, MCH tolak sikit tong oren tu. Nak tolak jauh-jauh berat sangat sebab tong oren tu penuh sangat.

p/s>>>> nasib leee.....

Sabtu, 7 September 2013

Yang Selalu Dan Yang Jarang

Bila 2 kali tengok dah macam kaki ayam pun yeee...

pokok balung ayam begitu rajin berbunga...

pokok harum malam rasanya dah lebih setahun tanam masih malu untuk berbunga. Laa ni MCH letakkan dia di halaman depan rumah yang selalu disimbahi sang suria.

Pokok kesidang ni pulak jarang sekali berbunga. Kali pertama berbunga bulan puasa tahun lepas, tahun ni sidia berbunga pada bulan syawal tu hari...kira setahun sekali sidia berbunga itu pun sejambak. walaupun sejambak tetap mewangikan laman MCH. rindu bau pandan bunganya...

Rabu, 4 September 2013

Mood - Ku Serahkan Urusanku Kepada Mu Ya ALLAH..




p/s >>>> rindu Kiko...

Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin ALLAH mengikut ketetapan yang telah ditentukan waktunya.

Ahad, 1 September 2013

Mulberi Menongkah Langit


Pokok mulberi di MCH semakin hidup gembira setelah ditambah tanah kompos. MCH nak ambil daunnya dulu sebelum dipangkas untuk memetik buah-buahnya yang akan muncul bersama tunas baru.

p/s>>> Sehingga kini MCH masih tidak pergi ke nurseri untuk mencari tanah semaian. MCH ternampak ada 2 anak pokok pelam ( agaknya kot ) yang tumbuh di tapak kompos MCH. Rezeki itu milik ALLAH.

Desert Petunia



Sejak mula di tanam di taman kecil MCH desert petunia nie tak jemu-jemu mengeluarkan bunganya setiap hari. Walaupun petunia nie tidak berbau namun ia tetap cantik seperti bunga raya. Setelah diperhatikan bunga desert petunia hanya sekerat hari saja berada di tangkainya. Selepas setengah hari ia berkembang ia menggugurkan dirinya ke bumi. Tapi yang bestnya walaupun setelah gugur bunganya tetap bertahan dan tidak layu selama satu hari.

p/s > MCH tengah aim desert petunia kaler pink ternampak dekat laman rumah orang di taman depan.