Blog ini tercipta buat Kenji, Simba , Baby dan ahli keluarga yang bakal mengisi ruang hidup ini. Segala detik-detik .....dirakamkan diblog ini dan semoga kewujudan blog ini menjadi ceritera indah dalam hati setiap insan yang melayarinya.
Memaparkan catatan dengan label burung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label burung. Papar semua catatan
Rabu, 22 Mei 2013
Gagak Yang Bijak
Setiap pagi MCH hendak pergi kerja , selalu bertembung dan nampak burung gagak ini. Gagak ini suka sangat dia bertenggek seekor diri di atas pagar padang bola jaring/keranjang. Nampak dia macam tidak suka bercampur sangat dengan gagak-gagak yang lain. Pernah sesekali melihat sekumpulan kecil burung gagak ini bermain di padang bola ini. Agak-agaknya burung gagak pun ada perasaan untuk bermain bola seperti manusia. Agak ajee...
Jumaat, 3 Mei 2013
Sendiri
Telah beberapa hari MCH memerhatikan burung ini bersendirian. Adakalanya MCH balik sudah lewat senja, pun masih nampak lagi burung ini. MCH tak tahu dimanakah rumah teduhan burung ini, dan dimanakah pasangannya. Selalunya burung-burung akan membuat rumahnya di pokok-pokok.
Adakalanya apabila lewat senja MCH balik, MCH perhatikan burung ini seakan-akan terbang dari celahan bumbung rumah MCH. Adakah burung ini menjadikan rumah MCH sebagai rumah teduhannya? Kalau benar , syukurlah... dalam kegembiraan ada kerisauan takut-takut jadi menu ahli MCH yang berbulus-bulus....

Langgan:
Catatan (Atom)