Memaparkan catatan dengan label ulam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ulam. Papar semua catatan

Khamis, 1 Januari 2015

Khamis, 25 Disember 2014

Ole-ole Dari Kelantan vs Benih Kantan


Beberapa minggu lepas sahabat satu opis ada membawa buah tangan dari Kelantan.

Seriously ini kali pertama bonda makan.Sedap. Ada rasa 'betton' (biji cempedak) yang direbus.

Buah ni di buat jeruk. Memang sedap. Maklumlah bonda memang suka makan makanan yang lain sikit.



Ini pula biji benih kantan dari sahabat bertani di Johor. Sebelum ni memang bonda ada minta dan beli benih kantan tapi bukan dari biji. Yang ini dari biji bunga kantan.

Rabu, 9 Oktober 2013

Bunga Kangkong

Apabila tibanya musim panas di Laman MCH, banyak pokok-pokok sayur berebut-rebut mengeluarkan bunganya. Salah satunya ialah ....

KANGKONG!!!





Sabtu, 28 September 2013

Berbunga Dan Berbuah

 Disebabkan cuaca yang agak panas dan hujan hampir seminggu tidak turun di bumi MCH , maka pokok-pokok sawi di laman MCH telah pun berbunga dengan riangnya...

 Manakala pokok-pokok cili ungu pula berlumba-lumba menghasilkan buah-buah yang setiap hari boleh dipetik hasilnya. Kalau setakat nak buat sambal kicap setiap hari memang cukup sangat. Syukur kepada ALLAH yang melimpahkan rezeki NYA di laman MCH...

Pokok sawi ini akan dijadikan benih untuk kesinambungan seterusnya....

Isnin, 29 April 2013

Kacang Botor Ulam Nusantara

Kalau perasan kacang botor ni dah tua dan layu. MCH biarkan aje... biar dia tumbuh secara semulajadi, berbunga dan berbuah...