Memaparkan catatan dengan label uteh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label uteh. Papar semua catatan

Sabtu, 22 Jun 2013

Bugangku Tak berkembang...

 
Inilah yang terjadi pada pokong kembang bugang MCH..... Angkara kerja-kerja kreatif kakitangan ahli keluarga MCH yang berbulus-bulus itu.Bila main berlari dan berkejar tak ingat dunia langsung macam kena kejar dengan hantu jee..hihihi

p/s> tak dapat dikesan siapa punya angkara , hisssh kalau dapat sekor-sekor kena dera suruh tegakkan balik pokok tu.

Ahad, 19 Mei 2013

Menyambut Tetamu Baru - Catnip Kidnap Kembang Bugang

Sempena hujung minggu ni, MCH mengisi masa lapang yang ada dengan menyiapkan beberapa projek tanaman. Antara tetamu yang menjadi ahli keluarga MCH kali ini ialah Catnip dan Kembang Bugang. Kedua-dua benih dan anak pokok ini di beli dari kebun bahagia bersama  hendaknya.

Pasu tembikar dipilih untuk menempatkan benih-benih catnip. MCH boleh bagi pasu yang terpakai jer leee... abaikan bulu-bulu putih di tepi pasu , ahli keluarga MCH yang berbulus-bulus ni pun  dok sibuk nak  bertani...

 ini biji benih catnip. MCH main taburkan semua mintak-mintaklah hidup subur hendaknya...

sewaktu MCH  hendak menanam anak pokok kembang bugang ni, tak perasan  masih ada akar lagi di batang pokok ni.

terpaksalah MCH korek keluar semula dan masukkan ke dalam tanah lagi, rasa-rasanya dah cukup dalam tanam pokok nie

pokok kembang bugang, semoga kehadiranmu menyerikan dan mewangikan laman MCH nanti ye...