Jumaat, 15 Mac 2013

Cuaca Yang Amat Panas

Sudah beberapa hari keadaan cuaca di MCH amat panas. Hujan pun sekejap-sekejap saja. MCH terasa sangat bahang kepanasannya pada kali ini. Seingat MCH tahun lepas tiadalah kepanasan yang melampau begini.

Bonda pula sudah terasa badan tidak berapa sihat. Sakit tekak sudah menyerang, selsema pun sudah datang.  Bila badan kurang sihat selalunya bonda lebihkan minum air kosong mineral ataupun  ro water. Sambil itu bonda akan pastikan keperluan vitamin c mencukupi . Bonda akan membeli lemon dan membuat air lemon setiap hari. Kesannya yang bonda selalu dapati, selsema, sakit tekak, atau batuk yang  bonda hidapi akan mudah sembuh dalam beberaa hari sahja. Alhamdulillah....

p/s : gambar dari makcik google

Tiada ulasan: