Rabu, 1 Mei 2013

1 Mei, Hujan , Dog

Pagi ini  hujan rahmat turun dengan riangnya... sudah beberapa malam MCH tidak mendengar bunyi salakan anjing di sini. Selalunya setiap waktu subuh dan di tengah malam MCH akan terdengar sekumpulan bunyi anjing dari taman atas bukit. MCH pun merasa hairan dan tertanya-tanya, ke mana perginya anjing-anjing tersebut, dan apakah yang telah berlaku kepada anjing-anjing tersebut.

MCH pun sudah beberapa hari tidak nampak dog. Beberapa hari lepas waktu dog balik MCH tiada makanan untuknya. Ada hari MCH belikan ayam goreng giant , tunggu-tunggu dog, tapi dog tak balik-balik juga. MCH sering terfikirkan , mungkin dog membawa dirinya. Mungkin dog tahu bahawa MCH akan menukar pintu pagar lain, dan dog tak mungkin dapat masuk ke laman MCH lagi. Dog tak mungkin dapat tidur dengan lenanya di MCH tanpa gangguan manusia. Dan kalau dog tidur di luar pagar MCH , akan ada jiran-jiran yang akan menghalaunya atau membalingnya dengan batu.

Pagi ini, setelah hujan turun menyimbah laman MCH, tiba-tiba MCH terdengar bunyi siulan. MCH dapat  rasakan bunyi siulan itu  datang dari dog. Apabila MCH menjenguk ke luar jendela, MCH mendapati dog sedang bermandi hujan. MCH tak terkata apa-apa. Cukup ALLAH tahu apa yang MCH rasa. Ternampak dog semakin kurus. MCH tidak tahu bagaimana MCH harus selamatkan dog, MCH tiada kebun yang luas agar dog boleh hidup dengan tenangnya sambil menjaga kebun MCH. Maafkan MCH ....


2 ulasan:

smRose berkata...

cian dia

bonda berkata...

memang kasihan melihatkannya walaupun hanya seekor anjing