Selasa, 6 Ogos 2013

Penghuni Baru MCH - Benih dan Anak Pokok

Desert Petunia dari Kak Yah Jom Tanam Bunga

MCH tanam tiga tempat, tempat nie  nak elakkan suami2 orang yang lalu lalang yang suka ambil kesempatan tengok2 sliding door MCH

Anak pokok kantan dari Puan Rosmee di Melaka. 

Bendi merah dari Puan Wan di Kelantan

Sawi benih dari nurseri dah hampir 2 tahun terperap  tak sangka sekali tabur berebut untuk hidup bersama-sama MCH

Catnip dari KBB - ini pun tak sangka hidup dengan riang di MCH sebab pernah bagitahu kat diana nak beli benih ni lagi ingat tak tumbuh 

Sawi dengan bunga tongkeng berkongsi pasu, lepas raya baru nak pindahkan sawi ke rumahnya sendiri

Bendi merah yang sentiasa memberi hasil setiap hari. Dah banyak kali dituai menjadi rezeki Ramadhan

Ini pula benih yang baru diterima tengahari tadi dari Sarawak... jauh rupanya kebun kome. Ini pun tak sangka minta ulam raja tetapi banyak pulak yang dapat.
Anak pokok kantan yang ke 2, yang ke 3 akan di bawa ke kampung nun di Batu Pahat...

P/S >>>  Kepada Puan Rosmee terima kasih sedeqah dari awak, tidak lupa kepada Puan Zila diatas sedeqah biji2 benih yang akan menjadi penghuni baru MCH selepas raya nanti. Kepada rakan-rakan bertani yang lain  Puan Diana, Puan Wan, En Iskandar , SM Rose, Kak Mar dan yang lain2 terima kasih diatas sokongan moral dan biji2 benih yang dikongsikan.
Insya ALLAH sedeqah ini akan dipanjangkan semuga kita semua mendapat hasilnya yang bukan sahaja di dunia malahan di akhirat kelak.

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN

2 ulasan:

TukangKebun berkata...

Sama-sama kita berkongsi pengalaman dan menghijaukan bumi ini.

bonda berkata...

TK lebih banyak pengalaman dan pengetahuan..