Isnin, 7 Oktober 2013

Bunga Raya 12 @ Luar Biasa

 Pagi sabtu lepas MCH dok belek-belek bunga raya ni, MCH bercadang nak tanam dia di tepi paip . Belek punya belek nampakler tulisan ni kat plastic beg tu.  Oh... bunga raya 12 namanya. Agaknya dipanggil 12 sebab bunga ini akan berkembang dengan sepenuhnya pada jam 12 tengahari kot.


 Jam menunjukkan pukul 9.46 pagi, cuaca agak panas di Laman MCH. Kelihatan bunga raya ni agak comel dan mula berkembang menikmati cahaya matahari pagi.

Kuntuman satu lagi .

Bunga raya ni hanya bertahan selama 1 hari sahaja. Petang dia mula mengecutkan dirinya. 

P/S>>> Tengok pada pokoknya yang renek dan comel MCH tak jadi ler nak pindahkan dia di tepi paip.

Tiada ulasan: