Khamis, 25 Disember 2014

Citam dan Banjir



Sekarang ramai yang simpati dengan keadaan banjir yang teruk di Pantai Timur. Dikatakan banjir ini adalah yang terburuk sekali berlaku selama ini.

Bonda juga simpati dengan apa yang berlaku di Pantai Timur. Bonda juga sedang banjir ketika ini. Tadi tengahari sewaktu bonda ingin pergi ke pasar bonda tekan menemui sesuatu yang mengguriskan perasaan ini.

Bonda nampak tubuh yang tiada kulit.  Bonda pelik makhluk apakah itu? Ayam? Tiba-tiba mata bonda terpandang kepada bulu halus panjang berwarna hitam.

Macam ekor citam!. Bonda terus mendekati sekelompok bulu tersebut. Ya ekor citam. Dub. Down terus perasaan bonda. Citam dah mati. Patutlah sejak menjak ni bonda tercium bau bangkai. Sejak menjak ni bonda rindu dengar suara citam yang manja.

Bonda menjadi seorang perindu pada kepulangan citam yang berlari mengejar bonda dengan mulutnya yang rajin bercakap. Bonda tercari-cari kemana perginya suara citam.

Tiba-tiba mata bonda terpandang satu kepala. Ha? Kepala ayam. Kenapa kepala ayam itu tidak jauh dari tubuh citam yang tidak berkulit? Konpius.

Adakah citam mati disebabkan anjing? Atau diracun? Kenapa bangkai citam ada ditempat laluan yang bonda selalu lalu untuk ke pasar dan berjalan. Kenapa ada sarung tangan kain?

Persoalan berlegar difikiran bonda. Seekor lagi kucing bonda yang terlepas ialah belang. Belang adik beradik kepada citam. Semuga belang, kiko, conett selamat.

***semasa perjalanan ke pasar bonda nampak bangkai kucing putih ditepi jalan. Tapi kucing tersebut masih lagi berbulu.***

Bonda rindu mikie dan citam.

Tiada ulasan: