Selasa, 2 April 2013

oppps rindu bertandang lagi di MCH

Bonda teramat rindukan benga... Hanya beberapa gambar benga menjadi pengubat rindu bonda. Jika benga masih hidup dan dalam jagaan seseorang , bonda harap benga bahagia. Jika benga telah tiada di muka bumi ini, bonda harap kitakan bertemu di syurga nanti... Benga serta yang lain-lain yang pernah hidup dan singgah dalam hidup bonda menjadi peneman bonda di syurga kelak. Itu harapan dan doa bonda kepada Tuhan Penguasa Alam. Aamiin...

Zorro dan Benga menikmati pemandangan dari MCH

Benga, bonda turut merindui dadik dan twin ... 
p/s : biarkan rindu ini bersemadi ...

Isnin, 1 April 2013

Hii.. Bonda call me Dog !

Anjing ini merupakan anjing jalanan ditemui sejak MCH berpindah ke rumah baru. Pada mulanya anjing ini ckup garang dan bonda pernah hampir-hampir nak bergaduh dengannya semasa mencari Kenji di waktu malam.

Tetapi itu dulu, sekarang nie anjing ni cukup baik, jinak, manja dan dengar kata. Tapi sayangnya MCH tiada kenderaan untuk membawanya berubat, dan MCH pun tidak tahu klinik haiwan mana yang terbaik di sini.

Setiap hari Dog akan memasuki laman MCH untuk tidur dan menunggu makanan kegemarannya iaitu ayam goreng giant dan roti butterscotch gardenia.

dog yang manja...
Bila hujan lebat dan bila dog penat berjalan jauh , dog akan tidur di laman MCH. Tetapi tak lama lagi MCH akan tukar pintu pagar baru, macamana dog nak masuk tumpang tidur nanti???
menumpang tidur di MCH

p/s  >  MCH tengah mencari idea agar dog dapat terus berteduh di laman MCH tanpa gangguan jiran-jiran di taman. 

Sabtu, 30 Mac 2013

Merentasi Sempadan - MAHA 2012

lada benggala dan tomato

tembikai dan watermelon

lobak

nangka replika

booth dari iran

booth dari china

Jumaat, 22 Mac 2013

Merentasi Sempadan - MAHA 2012

Oppsss.... MAHA 2012 tapi mch baru update di tahun 2013. Jangan banyak cakap jom cuci mata.....








Jumaat, 15 Mac 2013

Cuaca Yang Amat Panas

Sudah beberapa hari keadaan cuaca di MCH amat panas. Hujan pun sekejap-sekejap saja. MCH terasa sangat bahang kepanasannya pada kali ini. Seingat MCH tahun lepas tiadalah kepanasan yang melampau begini.

Bonda pula sudah terasa badan tidak berapa sihat. Sakit tekak sudah menyerang, selsema pun sudah datang.  Bila badan kurang sihat selalunya bonda lebihkan minum air kosong mineral ataupun  ro water. Sambil itu bonda akan pastikan keperluan vitamin c mencukupi . Bonda akan membeli lemon dan membuat air lemon setiap hari. Kesannya yang bonda selalu dapati, selsema, sakit tekak, atau batuk yang  bonda hidapi akan mudah sembuh dalam beberaa hari sahja. Alhamdulillah....

p/s : gambar dari makcik google

Rabu, 6 Mac 2013

Dah bersemak dah...

Taman di bahagian belakang MCH dah penuh dengan rumput dan sayur terbiar. Terbiar sebab MCH tengah nak siapkan projek baru. Nanti lapang-lapang sikit MCH akan kemaskan balik taman ni.
pokok kangkung yang ntah ke berapa keturunan

rasa-rasanya ini pokok bayam duri 

pokok bayam ini tumbuh sendiri mungkin burung atau kucing yang bawa benihnya